Remember the past, plan for the future, but live for today, because yesterday is gone and tomorrow may never come.
Assalamualaikum :')


Lol, kelakar gila gambar ni. bibir tu yg tak boleh bla. biarlahh. hee, oh yeahh. 
tadi tolong ibu dekat tadika. ibu suruh kupas bawang. perghhh. nasib baik tak meleleh air mata. huhuhu, pedih wokkk! alahaiii. sabar jea. then ibu kata. "cubalah belajar buat karipap ni, kalau ada tempahan kan boleh tolong ibu" then aku nak try buat. hehe, comel gila aku buat. ibu punya just lawa jea. hahaha, takpe. first time buat memang ah comel. lama-lama nanti baru lawa :') sabar eh, one day i'll prove it :')

Bila dah start program, aku nak balik. sebab bosan ahh dok situ. ehhh aku dah pandai nak start motor abang aku tahu. dia ajar aku semalam. sweet tak? hehehe, bila aku nak stand kan motor tu, kuku kaki aku terkena stand tu, habis berdarah! nasib baik tak tercabut! kalau tak, menangis tak berlagu lah aku. okay then bila dah start motor, balik lah. sampai rumah cari kunci rumah dekat dalam rumah. tapi tak ada -_____- ayah aku pergi bawak tadika pulak. then kena patah balik ke tadika balik. hmm, balik jea on9 lah :') heee, sekarang aku sorang2 dekat rumah. hmmm, then solat ishak. kalau lama2 nanti aku tertidur, then tak solat. ish3.

Bila bukak blog, baca blog sorang ni. dushhh, sumpah aku takut hari kiamat :'( aku tak boleh bayangkan hari kiamat, sungguh besar keagungan mu ya Allah. aku takut akan kekuasaan mu. setelah aku baca entry tu, sumpah aku takut sangat :'( bila aku fikirkan balik amalan aku. banyak sangat dosa ni. huhuhuhu, aku akan perbaiki amalan aku untuk dibawa ke hari akhirat nanti. aku kekadang tak boleh nak bayangkan, kita hidup SELAMA-LAMANYA di akhirat, and aku tak boleh bayangkan orang kafir HIDUP SELAMA-LAMANYA DI NERAKA :'( hmmm, ya Allah. aku takut :'( cuba baca blog ni :'( insaflahh.

http://bududanbelacan.blogspot.com/2012/03/bila-nak-insaf.html

okay, setakat ini sahaja entry aku pada kali ini. aku nak pergi tadika balik. nak amik ibu and ayah. nak basuh kasut lagi. esok dah sekolah. okay, Assalamualaikum :')

No comments:

Post a Comment